WELC0ME~ thanks for visiting,DON'T JUDGE A BLOG BY ITS TITTLE :)



Wednesday, May 21, 2014

Resepi : Cake Chocolate Moist

Assalammualaikum

Hi guys ! Yeah resepi lagi. Cake ni sesuai sangat dengan peminat chocolate macam aku. Tapi lama gila tak buat. Tunggu laa bila rajin nanti. Actually, ni cake pertama yang aku reti buat, time tu aku baru form 1. Ceh, rasa dah tua pulak. Haha

Okay, kita mulakannnn !

Bahan-bahan nak buat cake :

*250 g tepung gandum
*50g serbuk koko
*1 sudu teh serbuk penaik
*1/2 sudu teh serbuk soda
*secubit garam
190g mentega
330g gula halus
1 1/2 sudu teh esen vanila
4 biji telur
250ml air sejuk

(*) ayak bersama

Bahan-bahan nak buat fudge chocolate :

50g sebuk koko
125ml air
1 cawan susu cair
200g gula
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
60g tepung jagung
60g mentega

Cara-cara nak buat cake :

  1. Pukul mentega + gula sehingga kembang selama 15 minit.
  2. Masukkan telur satu per satu dan tambahkan esen vanila. Pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak berselang-seli dengan air dan pukul sehingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang disapu dengan mentega dan tepung gandum bagi mengelakkan cake melekat.
  5. Hentakkan sedikit sehingga padat.
  6. Bakar hampir sejam pada suhu 180c.
Cara-cara nak buat fudge chocolate :

  1. Satukan semua bahan kecuali mentega dalam bekas dan masak secara double boil.
  2. Kacau sehingga pekat. 
  3. Selepas api ditutup, masukkan mentega dan kacau sebati.
Ni bini rabbit yang bagi. Thanks again !


Cake ni susah sikit nak buat dia. Tapi rasa memang sedap hingga menjilat jari. Kalau ada apa-apa yang tak faham boleh tanya.

Goodluck !

IKHLAS DARI HATI KE KEYBOARD

No comments:

Post a Comment