WELC0ME~ thanks for visiting,DON'T JUDGE A BLOG BY ITS TITTLE :)



Wednesday, September 3, 2014

Trip to Langkawi Island !

Assalammualaikum

First of all, sorry sangat sebab dah lama tak update. Maklum laa sejak jadi student ni busy sikit. Sekarang tengah cuti sem, dah nak habis dahhh pun. Tapi cuti sem  ni sempat laa berjimba sikit, masuk sem 1 nanti meraung. Haha. 
Cuti ni aku and my parents pergi Langkawi. Lain gilaaa Langkawi sekarang. Mana tak nya, last aku datang sini pun time darjah 4. Terasa sangat tua nyaaa. Uhuk uhuk. I still muda k. Haha. Okay, let's stop all these nonsense. 

Jeti

Memula bertolak dari ipoh dalam pukul 9 pagi, walaupun janji nya pukul 8, sampai jeti pukul 1 petang. Ferry pulak ada pukul 1.30,3.00,6.00 so kitorang ambil tiket 1.30. Harga tiket RM18/orang. Time tu dah lapar gila sebab breakfast awal sangat. Naik ferry pulak dalam sejam setengah, so sampai sana dalam pukul 3. Pastu abah cari kereta sewa. Kat sana kena pandai nego, kalau tak balik sini jadi pengemis terus. Ritu aku dapat proton wira RM75/hari. Viva dengan Kancil laa yang ramai orang mintak and selalu nya mahal, ada yang sampai RM120/hari. Buat rugi je, kecik tapi mahal. Nak shopping pun tak boleh banyak. 

Night market depan Hotel Baron, Kuah

Petang tu hujan lebat. Kitorang pusing2 pekan Kuah sebab nak cari hotel tapi apakan daya perut dah lapar tahap dinosaur, nampak nya kedai makan melayu terus makan. Sedap ke tak sedap belakang cerita, tapi hari tu sedap laa jugak. Sambung cari hotel, last nya dapat. Baron Hotel RM150/malam. Hari tu hari sabtu, so depan hotel ada pasar malam. Memang ke laut terus diet aku malam tu.

AB Motel, Pantai Cenang

Esoknya, pepagi lepas breakfast terus check out pastu pegi shopping. Area Kuah banyak tempat shopping. Habis je shopping kitorang pergi cari hotel kat Pantai Cenang. Aku recommend korang tidur sini dari kat Kuah tu. Sini best gila suasana dia. Kira tempat tumpuan pelancong laa. Time tu aku tidur kat AB Motel, RM150/malam tapi ni untuk 4 orang, bilik tadi untuk 2 orang. So sini lagi murah laa hotel dia. Tak payah risau takut tak dapat hotel ke apa kat sini, sebab sepanjang jalan tu penuh hotel, chalet, resort dan sewaktu dengan nya.

Makam Mahsuri

Area hotel

Pantai Cenang

Lepas check in situ, kitorang mula melawat tempat-tempat tumpuan pelancong. Aku sebagai pembaca peta, abah jadi pemandu pelancong, mak duduk je jadi boss. Haha. Alhamdulillah laa tak sesat. Antara tempat yang kitorang sempat singgah hari tu ialah Makan Mahsuri dengan Tapak Beras Terbakar. Tapi Beras Terbakar dah takde apa sangat, setakat shopping jela. Lepas tu balik hotel sebab nak mandi laut. Laut memang betul2 depan hotel. Laut kat Langkawi cetek je, sesuai bawak bebudak. Malam tuu, pegi jejalan and makan kat tepi Pantai Cenang, time jejalan tu korang boleh singgah beli souvenir nak bagi kekawan nanti. Harga makanan sini memang perghhhh, tapi nasib rasa dia pun perghhhh. So berbaloi laa.

Underwater World Langkawi

With Mr.Pinggu




Pemandangan dari pelantar tinjau 

Hari ke-3, sebelum bertolak balik Ipoh, pepagi tu kitorang pegi Underwater World lepas check out. Jumpa kawan aku, Mr Pinggu. Haha. Time beli tiket tu kena bagi IC, sebab kalau kita orang Malaysia dapat laa murah sikit. Adult RM30, children RM20. Kalau non-Malaysia tambah RM10. Lepas tu, kitorang pegi naik Cable Car. Ketaq lutut tapi bestttt. Pemandangan dia cantik gila. Time dalam cable car tu ada 2 orang omputih, handsome tapi sayangnya asyik mencarut je sebab takut. Hilang macho nyaa. Hahaha. Tiket kat sini pun kena tunjuk IC, harga kat sini kena ikut pakej. Aku amik paling murah RM20/orang je sebab takut tak cukup masa. Lepas tu terus pegi jeti beli tiket RM18/orang lagi sebab tiket sini jenis tiket sehala. Balik tu jalan jammed. Bertolak dari sana pukul 6 petang camtu, sampai Ipoh pukul 12 tengah malam.
That's all. Pape pun enjoy gilaa, first time naik cable car. Memang cuak gilaa. Kalau korang nak puas enjoy sini, tidur laa 3 malam ke camtu. Nanti aku nak pergi dengan kawan2 aku laa boleh pusing pulau, pergi tempat kraftangan, naik helicopter ride, go-cart, aktiviti pantai pun banyak, pergi Pulau Dayang Bunting, jungle tracking, mandi waterfall, pergi telaga 7, tunggang kuda and banyak lagi. Hope korang boleh gunakan information yang aku bagi ni nanti. Byeee~

IKHLAS DARI HATI KE KEYBOARD

No comments:

Post a Comment