WELC0ME~ thanks for visiting,DON'T JUDGE A BLOG BY ITS TITTLE :)



Tuesday, February 17, 2015

Genggaman

Assalammualaikum

Sem 2 dah bermula. Dah 3 minggu dah pun. Esok last class sebelum cuti CNY. Tapi aku still takde semangat nak study. Dengan problem seketul sana seketul sini. Ditambah pulak dengan badan yang tak berapa nak sihat. Package lengkap penyebab moody. Hm. Tapi aku cuba lawan moody aku ni dan akan terus mencuba. Pape pun aku mintak maaf sangat kepada yang aku terlepaskan tu. Aku maybe pelik tapi aku manusia jugak. Ada perasaan, ada masa mood tak baik. Aku harap mereka yang masih anggap aku sahabat tu teruskan jadi sahabat walaupun aku ni annoying nak mampus.Kepada yang deanlist tu aku sangat sangat sangat jealous. Tapi tahniah laa, you did your best and you deserve it. Bangga berkawan dengan budak deanlist walaupun diri sendiri tak dapat. Haha

SAHABAT. Hah. Perkataan tu mula berbunyi sarcastic sejak bulan lepas. Tapi bila aku terfikirkan sesetengah manusia tu je, bukan semua. Duluu.. "Kau single tak boring ke ?" "Takpe aku ada member-member aku, depe gila, depe blablabla" seronok bercerita. Tapi sekarang.. "Kawan kau tu mana sekarang ? Lama tak nampak. Kalau dulu berkepit je." "Entah" jawapan mudah bila kau dah give up nak deal dengan semua benda ni.

Sekarang tipu laa tak sunyi. Tapi apakan daya. Aku sanggup lagi sunyi daripada sakit hati. Kalau aku nak bukak hati aku balik, aku nak dengan cara yang betul. Bukan sebagai sparepart or kekasih gelap. Tapi sekarang aku tak percaya orang sangat. Nak cerita masalah pun fikir berkali-kali sampai tak terluah dari mulut. Bukak mulut pun susah inikan pulak nak bukak hati. Bukan apa, sebab semua orang ada otak memasing. Pada kita benda tu A, mungkin pada dia B. Fikiran dan tanggapan kita berkemungkinan berbeza. Jadi aku taknak ambil risiko. Fake a smile and settle.

Image result for alone photography quote

Tapi ada masa dia sedih tu tak dapat dibendung. And time tu takde sesiapa aku boleh percaya, even diri sendiri pun aku tak percaya mampu bertahan. Takde sesiapa aku boleh genggam tangan dia. Mungkin jugak ego tak membenarkan aku menangis depan orang lain or mungkin aku masih tak terlepas dari janji dulu. Bila semua ni jadi, aku prefer keluar sesorang. Kalau aku dekat class tu pepandai laa cover ke toilet ke apa. Cover pandang luar tingkap paling berkesan setakat ni. Aku tak nak orang simpati ke apa, aku paling tak suka tu. 

"Jangan sesekali lepaskan tangan" Dulu aku yang cakap ayat ni. Tapi lepas apa dah jadi, aku taktau laa genggaman tu ada erti lagi ke tak. Aku tau aku rindu depe. Aku sedar. Tapi ego je yang buat aku bermaruah. Beberapa orang sahabat aku pernah cakap "Kau jangan baik sangat, nanti orang pijak kepala". Aku sendiri tak mampu ubah. Aku tak tau nak buat apa. Tolong aku.

I wanna talk to someone. Someone i can trust and feel secure. Comfortably talk to and never regret anything. Maybe I've been standing here long enough that i forget how to open the door. Trapped here in an empty room that i built on my own.

IKHLAS DARI HATI KE KEYBOARD

No comments:

Post a Comment