WELC0ME~ thanks for visiting,DON'T JUDGE A BLOG BY ITS TITTLE :)



Tuesday, June 23, 2015

Bertukar Angin

Assalammualaikum

Hi ! Selamat berpuasa semuaaa !
Macam yang korang tau aku ni memang foodlover, so sempena bulan ramadhan ni, terpaksa laa aku menahan nafsu. Tapi hari tu aku terlepas. Pada hari yang panas membahang tu, aku pegi kedai beli ice cream dengan muka penuh innocent terlupa tengah puasa. Hahahahaha. Epic fail betul !

Okay entry ni sebenarnya nak bercerita tentang aku dapat course penolong pegawai perubatan dekat SPA separa perubatan untuk intake Julai 2015. Terpaksa laa aku meninggalkan kengkawan, classmates and lecturers yang sangat laa sporting di Unikl rcmp ni. Sangat sangat sangat lah berdebar. Tetambah bila dapat jauh kan. Daftar pulak lagi 2 minggu nak raya. Nak kena fikir balik raya cam mana apa semua.

Sebenarnya aku dulu fikir nak stay unikl je sebab dah nak masuk sem3. And sebab ni jugak aku tak pergi second interview ritu. Tapi dah rezeki, aku dapat jugak. Classmates aku semua terkejut. Aku decide untuk pergi pun last last minutes, mungkin sebab masalah peribadi sikit sini. Tak larat. Lagi pun aku taknak menyesal tak ambil peluang ni. Orang kata peluang tak datang 2 kali. 

Image result for i believe i can quotes

Tipu laa tak sedih nak tinggalkan family kat sini, tapi aku kena sadokan diri and hati ni untuk capai angan-angan aku iaitu drive Mini Cooper. Hahahaha. Orang kata segalanya bermula dari angan-angan. So nothing impossible. Fighting !

Tapi aku ada jugak keinginan nak tengok negeri orang. Sesiapa yang kenal aku mesti tau aku ni badan je kecik tapi hati besar. Aku nak try berdikari. Try jaga diri sendiri tanpa orang orang yang selalu jaga aku. Teringin food hunting kat sana. Sana mana ? Johor.. Kalau ada rezeki lebih, berjaya laa aku jejak Singapore.

Aku bertolak 29hb ni sebab yela tak tau jalan sana better laa pergi awal kan. Btw aku takde laa risau sangat sebab aku ada 2 kawan senior sana and sorang yang akan masuk sama dengan aku. Cukup laa tu buat apa kawan reramai kan ? Nanti merumitkan.

Pape pun aku harap korang dekat sini jaga diri leklok. Sesetengah benda kita boleh gurau, tapi sesetengah tak. Bila nak buat something tu fikir dulu, jangan nanti menyesal. Aku mintak maaf sangat kalau ada buat salah or tersinggung sesiapa. Ada jodoh kita jumpa lagi. Nak ingat aku or lupakan aku, itu pilihan anda.

Image result for courage quotes

IKHLAS DARI HATI KE KEYBOARD

No comments:

Post a Comment