WELC0ME~ thanks for visiting,DON'T JUDGE A BLOG BY ITS TITTLE :)



Friday, September 18, 2015

Hilang

Assalammualaikum

Seperti yang anda tahu, aku telah merantau ke negeri orang sejak Julai yang lalu. Suatu tempat yang pada orang yang tak pernah merantau jejauh macam aku, payah untuk membiasakan diri (sebab dulu rcmp dekat ipoh je)

Biar jadual padat, classmate berperangai syaiton mahupun assignment bertimbun, aku gagahkan jua. Demi membawa harapan keluarga, expectation mereka dan sedikit minat, aku gagahkan segalanya. Tapi semakin lama, semakin aku rasa bahana dia. Luaran masih kelihatan seperti biasa, memapar senyuman lebar dan memainkan suara ketawa dalam pelbagai range berbeza.Tetapi disebalik pintu itu aku meraung, meraung bahasa yang kau takkan pernah faham. Aku juga kurang faham sebenarnya.

Aku kehilangan sesuatu yang aku tak pasti. Mungkin diri sendiri yang aku hilang. Mungkin.

Dalam masa 2 bulan lebih je terpampang mana intan mana kaca dan juga gunting dalam lipatan. Dalam fikiran aku, aku nak buat yang terbaik untuk semua supaya kita boleh memegang segulung diploma pada hari yang sama, tapi aku tak sedar kau niat nak menjatuhkan. Kecewa dengan manusia berhati busuk dan bermentaliti kanak-kanak. Rendah sangat tahap humanity kau. Aku kecewa kerana diri bodoh dan naif ni tak berubah-ubah dari dulu.

Kadangkala aku rebah jua kerana aku juga manusia. Tapi aku perapkan dalam hati sebab aku masih rasional, aku hidup guna otak. Walau mungkin kau tidak. 

Pada mereka semudah, "normal lah tuu tempat baru". Tapi cuba kau pakai kasut aku, berdiri di tempat aku, jalan di atas jalan aku, menuju ke destinasi aku. Aku yakin kau juga akan rebah. 





IKHLAS DARI HATI KE KEYBOARD

2 comments:

  1. Bertabahlah awak. Kuatkan semangat! Kami di sini sentiasa ada untuk pinjamkan bahu. Huhu.

    ReplyDelete