WELC0ME~ thanks for visiting,DON'T JUDGE A BLOG BY ITS TITTLE :)



Wednesday, December 23, 2015

Pertarungan dengan Diri Sendiri

Assalammualaikum

Lama aku menghilang. Sama seperti semangat aku yang dulu membara.Takziah kepada diri aku sendiri. Penat aku mencari sampai ke Kuala Lumpur,Langkawi dan merata. Tapi entah berhasil entah tidak.


Menaip dengan minda yang baru stabil. Mana tak gila bila cuti aku dikurung dalam rumah seminggu. Sesuatu yang mustahil aku lakukan tanpa sebarang sebab tetapi ia terjadi dan aku mahu ia jadi rahsia aku. Sesuatu yang datang tanpa aku sendiri sedia.

Seminggu itu dah terlalu cukup untuk aku bermain dengan perkara yang berlegar-legar dalam pemikiran aku. Banyak yang aku fikirkan dan perlu fikirkan. Banyak kali juga aku bertanya kenapa aku. Tapi ia cuma salah satu soalan yang tiada jawapan. Tah kenapa aku gigih memikirkan sedangkan diri sendiri tahu jawapannya tiada.

Seminggu aku merenung luar jendela, memikirkan how it make sense now. Satu-satu perkara terungkai. Perkara yang aku tak pernah harap aku tahu. "Kadangkala, ada sesuatu yang lebih baik jika kita tidak tahu." dari dulu aku percaya ayat ni, tapi sekarang ia diragut oleh takdir aku sendiri.

Tanpa diberi pilihan, aku hanya mampu telan segala yang datang. Telan segalanya dan berserah kepadaNya. Aku masih cuba yakinkan diri. Tanpa bantuan daripada sesiapa, Kerana mereka cuma mampu biar aku terkapai sedangkan mereka tahu aku tak sedia. Pada mereka ini perkara kecil, remeh. Padahal macam mana nak sedia pun aku tak tahu. Macam biasa, i need to figure it out on my own.

Aku cuma mahu hidup normal macam manusia lain, tak lebih tak kurang.

p.s. : dah beberapa hari aku tulis post ni, tapi entah kenapa baru rasa nak publish sekarang.

IKHLAS DARI HATI KE KEYBOARD

No comments:

Post a Comment